Teman tapi Mesra~~

Khamis, 10 September 2009

bantuan khas kewangan - gomen???

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan sokongan bagi membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.Menurutnya, bantuan khas kewangan itu akan memanfaatkan 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan tersebut.“Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Perdana Menteri menambah, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persediaan persekolahan hujung tahun ini.Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menimbangkan ‘duit raya’ atau bonus kepada penjawat awam dalam pengumuman Bajet, Oktober ini.Menurut presidennya, Omar Osman, pihaknya bersetuju jika Elaun Sara Hidup (COLA) tidak dapat dinaikkan memandangkan keadaan ekonomi yang lembap ketika ini.“Tetapi tetapi kita harap biarlah dalam musim perayaan nanti kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini menikmati ’duit raya’,” katanya.Malah, Omar dilaporkan memberitahu, perbincangan mengenai bonus itu telah diadakan menerusi dalam mesyuarat tertinggi kongres tersebut dan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Tahun lalu, dua juta kakitangan awam negara ini menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 dalam pembentangan Bajet 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
hmm..naper kumpulan sokongan jer yang dapat ekk...so orang-orang mcm aku ni golongan baru nk profesional xdapat??
aku pun sengkek gak...nk kna bayar duit servis keta lagi..duit minyak lagi..duit raya lagi..hulllooohhh hai...aper la nasib .....gaji aku baper sen la sgt..kalu gaji aku byk 4sure aku da kna bayor cukai..ni cukai pun xsempat nk tolak duit da abishh..huhuhu..sedey..sedey..bonus xder...bantuan khas kewangan pun HARAMMMM nk dapat:(
p/s mcm nk nyanyi jer.."beginilah nasib diriku yang malang,oh tuhannnnn..."

4 ulasan:

mamaAna/Dani berkata...

mak aiii..muntah?

MamaNoa sabarlan non...nak buek camno inilah naseb kalau jadi officer kat gomen...naseb baik den kumpulan sokongan nan adO hahahaha...sabo sabooo...takyah bayar income tax...bayar je zakat pendapatan lagi berkat, insyaallah!

mamanoa berkata...

mamaAna..huhu.tu la..benda wajib patut didahulukan...

kinna berkata...

aku pon nk bonus gak..tp tak dpt sbb korg tak byr tax! ha3

mamanoa berkata...

kinna>>allo..duit gaji i xlayak baya cukai..huhuh..sbb sumer abis kat diri sindri...
ker ko yg malas bayo cukai ni..haaaaaaaa

klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers