Teman tapi Mesra~~

Rabu, 23 Disember 2009

CAMNA RUPA KARTUN MALAYSIA???

kengkawan kenal x dgn kartuni UJANG??ni akuamik petik dari facebook UJANG..kartunis kegemaran aku..FOUNDER OF UJANG MAGAZINE, n skang aku adalah pengunjung/fan setia jenguk fesbuk ujang ni..memang kelaku lawak nk mati la....
aku dulu mmg suker bd AKU BUDAK MINANG...UJANG..JIBAM..ini antara karya BROTHER UJANG NI...

  • Karya: Aku Budak Minang, Atuk & Aca , Jibam, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorion, Cinta Terakhir, Fiona

Aku ade baca part of it la..mmg best..

"Engkau cakap je pandai… tapi apa dia wajah kartun Malaysia, kau tak terangkan," bidas seorang kawan masa aku lepak makan roti canai kat Central Market."Ya tak ya jugak… macamana ek rupa wajah kartun Malaysia," tanya ku kembali. "Mana aku tau… kau yang cakap nak mengembalikan wajah kartun Malaysia… nak kembali… sekarang orang dok tunggu langkah selanjutnya," tekanan di berikan sewaktu aku mengunyah kerak roti canai bercicah kuah kacang dal yang terakhir.

Aku tau, tidak ada sesiapa yang menunggu langkah seterusnya kecuali dia yang memulakan topik pada pagi itu. Aku masih berfikir sedang serangan dari tiga penjuru bermula. Rakan-rakan lain yang sememangnya kaki kutuk tidak henti-henti berhujjah dan hujjah-hujjah tersebut seperti pernah ku dengar… tetapi di mana ya… (dalam website atau blog-blog peribadi barangkali).

"Kau tidak boleh menyekat kebebasan bakat-bakat baru untuk bekarya… mereka tengah ghairah mencari identiti, biar kan mereka explore sepenuhnya dunia ini… mereka ada idea yang segar dan luar dari kotak pemikiran karyawan-karyawan sebelumnya," ujar pelukis naif di sebelah kanan ku. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Kenapa persoalan ini tiba-tiba menjadi terlalu dalam dan payah?" tanya ku secara automatik… dan aku pun tidak tau kenapa pertanyaan seperti itu keluar dari mulut ku sedangkan aku memikirkan sesuatu yang lain.

"Maksud engkau?" ketiga-tiga pencabar minda pagi itu bertanya serentak. "Entahlah… aku tiba-tiba jadi hairan apabila kita dalam keadaan yang waras, boleh membezakan pakaian orang Malaysia, makanan orang Malaysia, kepelbagaian budaya orang Malaysia, muzik irama Malaysia, sejarah dan ekonomi Malaysia, politik Malaysia, kenderaan Malaysia dan segala-galanya tentang Malaysia… tiba-tiba kita tak tau macamana sepatutnya kartun-kartun yang beridentitikan Malaysia"

aku tertarik dgn aper yg di bincangkan UJANG utarakan sebagai persoalan "...MACAMANA EKK RUPA WAJAH KARTUN MALAYSIA" soalan dia simple jer..tp cuba korang pk mmg agak payah uk nk elaborate tajuk ni macam kater UJANG "Kenapa persoalan ini tiba-tiba menjadi terlalu dalam dan payah?"

aper pendapat korang...hrmmm...jom pikir...

1 ulasan:

iedaLUVsham berkata...

aku suke tengok citer budak minang yg kat tv2 tuh, heheheh!!

klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers