Teman tapi Mesra~~

Jumaat, 27 Februari 2009

TIPS CINTA SUAMI ISTERI..

Ya Allah..ampuni lah dosa ku, dosa suamiku dan dosa kedua ibu bapa ku..juga tempatkanlah mereka di kalangan orang² yg beriman, redhakanlah setiap amalan kami..AMINNN...


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Khamis, 26 Februari 2009

sesuatu yang perlu ku praktikkan

Ya Allah..ampuni lah dosa ku, suamiku dan dosa kedua ibu bapa ku..juga tempatkanlah mereka di kalangan orang² yg beriman, redhakanlah setiap amalan kami..AMINNN...


Amalan Memudahkan Bersalin
Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.

*************************************************

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.

LABELS: AMALAN, MUDAH BERSALIN, MUDAH MELAHIRKAN, SENANG BERANAK
Amalan Ketika Mengandung
Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

Khamis, 12 Februari 2009

Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.


1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”

2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.

3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.

4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.

5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233)

6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah

Selasa, 10 Februari 2009

cam x larat je da ni..

hmm..naper ekk.asik kna heartburn je..pedih..da try makan pun stil pedih lagi ulu ati ni..nk wat camner ekk, nk mintak tlg saper pun xtau..kaki pun da stat sembab je ni..tgn pun kalu tido mlm bgn pagi da kembang...

Khamis, 5 Februari 2009

KAMILAH APP DARI PERAK..HUHUH..

Ni masa kitorg kat A'Famosa yg xbest..wahida..k'maziyah..n me..
ni kitorg nyer beauty peagent..huhuh,kitorg mnang No.2..
tgkla prut aku tuh..huhuuh..sajer tonjol prut baru nk besar..comeynyer anak mama..huhuhu

ni nadia,APP kat Taiping..
k'Maziyah..akhirnyer jadi gak puan Maziyah..
All these is part of APP yg ader kat perak..ader 3-4org lagi..tp aku xder gambo siorg plak..nnt next time aku ltak gambo org2 kat opis aku plak..huhhuhu..ni sajer nk pnuhkan blog ni la..sementara tggu IMRAN kua kan imran...kengkawan aku ckp muker aku berseri..huhu..glowing sbb tgh preggy..biaser r..;p poyor..perasantan ler ko....




adik² ipar ku..

ni yang bongsu..tggi plak tu,br 13thn..cis!!! Nur Syahirah..
Ni Kak Chik (hehe..abah panggil dier kak chik) Nur Hidayah..form 4 skang..

ni K'Ngah..a.k.a Nur Farhana..tp kitorg panggil farah..Student UTP..
ni sumer adik ipau aku..sumer sepesen jer muker dgn abg dier..huhuhu...aku jer yg mata besar kat uma tuh..hahahah..


Selasa, 3 Februari 2009

ni adik beradik ku..except ader sorg tu yg pkai sua itam tgh duduk tu..da xjadi family aku da..tu EX-bini abg aku..jeng..jeng..jeng..awat nora!!!..malas nk ngumpat..hihihi...oren gitu sumer..
ni adik bongsu aku..yg laki amirul..cian dier tggl dgn cik Harun(bapak dia ma...)


ni budak koling..adik aku..Noor Arbakyah..bleh plak terbeli baju raya yg sama..cis..aku nyer lagi mahal tau!!hubby banjer..bleh r...hahahaha

ni adik aku eca dgn hubby dier..merangkap sepupu aku..mm diorg ni gegiler..sempoi jer...
ni kitorg gi beraya uma ex-bini abg aku..(ms blum kawin gi la..) aku yang comey..huhuu
windu sgt kat korang..nk balik kmpg gak..biler ntah dpt balik kmpg ni..xsuker nyer duk jauh..




kerja pd hari cuti..

Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun untuk orang dungu...

huhu..patutnyer arini Perak cuti,sbb Jubli perak..tp aku duk dtg opis awal² pagi (ikut hubby);) kononyer nk nyiapkan IP tuk sok,aku sok nk kna gi Lenggong,so igt nk mintak one of d opismate aku tlg MOB amik date jer..huhu..sesorg kat opis,cuak gak ni..hahhaaa
smlm ntah naper prut aku xbest xtau r masuk angin ker aper..lapor jer..tp kalu masuk benda lam mulut jer aku mual...byk kali gak r muntah mlm tadi,bfast pg td pun muntah balik..tp kalu mnum air putih ok plak..la ni aku melantak roti bakar kat opis..hhuhu..songlap roti kat uma td..sory ibu mertua ku..yer r..lapor beb..mlm td aku mkn 2suap jer past muntah balik..laki aku da stat nk cek akunyer BP..takut aku kna darah tggi r tuh..hello..aku ok tau masa ngandung ni..darah ok..gula pun ok..hik hik..

actually aku windu sgt nk balik kmpg..adik bradik aku xbg balik sbb aku da 8bulan kan..kalu aku balik dgn acai diorg ok g..tp ni nk balik naik bas diorg xbagi..:( nk balik gak..da r pasni ntah biler aku bleh balik kmpg..yer r..dgn berpantang sumer..

nk berpantang kt kmpg laki xbg..yer r..cian dier nnt windu kat mama dgn baby imran..kalu aku berpantang kat kmpg..da r dier kijer susa nk cuti..sacrifice la aku tuk suami tercinta,...hikhik...lurve u so much papa...

klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers